Saturday, June 11, 2005

cuba-cubi resepi baru...muhahaha

ape kene ntah aku harini... celik je mata tetiba je suka-suki ati nk memasak... hahhah... turun ke dapur, tgk ada maggi tomyam sebungkus.. dah bosan mkn megi mcm tu.. tetiba hati teringin nk cube-cubi masak piza maggi... ni resepi nyer yer.. hahhah xsangka plak jadi..


pizza maggi tomyam

bahan-bahan

5 ketul cendawan butang di hiris nipis
1 bungkus maggi di celur dan diasingkan
4 biji telur ayam
daun sup sepokok kecil, dihiris
1 keping keju cheddar

cara memasak:

-campurkan semua bahan di atas termasuk perencah maggi dan gaul hingga sebati
-masak seperti membuat telur dadar
-dah bleh mkn..hahhaha....


resepi kedua plak, ni utk mkn tghari tadi aku masak... teringin nk mkn asam.. so terlintas nk masak daging air asam jawa..


daging air asam jawa

bahan-bahan

5 biji bawang merah dimayang halus
4 biji bawang putih dimayang halus
1 cm kunyit hidup dimayang halus
10 biji cili api dipotong
1/2 kilo daging lembu dihiris nipis
10 helai daun kesum(agak2 pun bleh)
1 biji limau kasturi
200 ml air asam jawa(agak2 je amik 2 sudu asam jawa, ikut sesedap lidah)

cara masak
-tumis bawang, cili api, kunyit hingga naik bau
-masukkan daging dan biarkan agak2 4 minit cmtu
-masukkan air asam jawa dan daun kesum, tutup kuali biar daging cepat empuk
-bila dah empuk perahkan sebiji limau kasturi dan letak garam dan gula secukup rasa
-biarkan seketika dan kemudian angkat la masuk pinggan...


dah tu je la... mlm ni pi pasar kekkeke... sedap seh... mak aku puji muahhahhaha... bukan senang nk dengar mak aku puji.. mak aku ngan roslan aziz tu sama je.. bile kritik fuh pedas...muahhaha.. demam malaysia idol.. hahhaha

Wednesday, June 1, 2005

sup cendawan..muahahha..sedap seh..

tetiba semlm aku teringin nk makan mushroom sup.. teringat plak rasanya bile aku mkn kat chillies masa bulan 3..huh, dah lama tak mkn sup ni.. pepagi ni aku dah masak sup cendawan ngan nasi goreng ala cina murtad...hahahhah .. meh la try...


resepi -> mushroom sup

bahan2:

½ ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
½ biji ubi kentang, didadu
½ sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau
1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa
1/3 cawan krim atau susu sejat


cara masak:

-Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!
-Masukkan cendawan dan tutup periuk.
-Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit).
-Kacau sekali-sekala.
-Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
-Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
-Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar.
-Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti;
-ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
-Masukkan semula sup ke dalam periuk.
-Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika.
-Angkat dan hidangkan.Letakla daun sup sket..kasi warna warna..sape2 yg gile pedas leh la letak cili api, tapi...xsesuwei...muahhaha

PENTING!!!!

-Penting bagi menggunakan cendawan butang putih yang segar, kerana yang dalam tin tu langsung tak sama rasanya.
-Bila kisar sup, jangan sampai benar benar hancur & halus, sebab nanti rasa macam makan makanan bayi!
-Kalau ikut resepi ni, tak payahlah bayar mahal-mahal sampai RM12 semangkuk sup kat hotel. -Rasanya memang sebijik! Dan bukan macam sup segera dalam tin!!! Nipu semua tu!!!MUAHHAHA

Tuesday, February 15, 2005

Biskut Cip Coklat

Bahan-bahan :-
150 gm mentega
220 gm tepung gandum
70 gm gula perang
20 gm gula halus
1 biji kuning telur
1/3 cawan badam cincang
1/3 cawan cip coklat
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
½ sudu teh emplex
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Cip coklat untuk hiasan

Cara menyediakan :-
1.Pukul mentega, gula perang, gula halus dan garam hingga kembang selama lima
minit.
2.Masukkan telur kuning dan esen vanilla. Pukul sebati. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, serbuk koko, emplex dan soda bikarbonat.
3.Gaulkan bahan ayak tadi dengan badam dan sedikit cip coklat ke dalam adunan
nombor satu.
4.Adun hingga doh menjadi lembik. Rehatkan lima minit.
5.Ambil sejemput adunan dan susun dalam dulang pembakar. Taburkan cip coklat.
6.Bakar selama 20 minit dalam ketuhar bersuhu 180°c.